Friday, March 18, 2011

Hai O beng vs Maeth Goreng Pisang Awak

perbezaan ejaan saja telah menunjukkan kepada kita perbezaan antara usahawan dengan biznes men. pada tafsiran hamba yang daulat ni usahawan membawa maksud mereka yang mengusahakan sesuatu produk yang nanti membawa feadah (keuntungan) kepada penjual dan pembeli. biznes men pula membawa maksud mereka yang menjual dan mendapat keuntungan daripada sesuatu produk yang dikeluarkan oleh usahawan.

untuk menjadi biznes men pada aku adalah mudah walaubagaimanapun orang ini perlu mempunyai sikap 'opportunities' supaya apa saja produk boleh membawa keuntungan kepada nya. hal ini bersandarkan kepada kemampuan biznes men merancang dan menjalankan program pemasaran yang mampu menarik pengguna supaya membeli produk yang ditawarkan adakalanya mereka mendapat keuntungan yang berkali kali ganda daripada harga modal produk tersebut.

menjadi usahawan pula adalah antara keinginan aku sebab dengan meletakkan diri sebagai pengusaha aku dapat mengerah otak supaya berfikir 'out of box' seperti mana yang Tun M mahukan terutama dikalangan bangsa melayu supaya kita dapat melahirkan tonggak dalam setiap cabang perniagaan yang nanti dapat menjadi sumber modal insan dan modal upaya negara, erk udah macam politikus mouse.

inovasi industri jalanan membawa aku dan idea aku kadang-kadang jauh ke laut kome tapi seperti camar yang pulang nyanyian akak aishah aku masih di sini, ahaks macam lagu XPDC. ada orang sound dekat aku, 'semua barang nak jual pun' 'loooo banyak gile barang kamu jual,masyuk ke?' 'aku tengok kamu tak kaya pun?' 'senyap je bro,dah tutup kedai ke?' dan sebenarnya aku tak amik port pun kat ayat-ayat macam tu sebab bagi aku yang penuh keyakinan dan motivasi tahap dewa carekawala adalah amat merugikan masa aku memberi penjelasan kepada mereka yang senget otak nya. apa yang aku lakukan adalah bertujuan supaya aku dapat belajar daripada pengalaman aku menjual pelbagai barangan dan akhirnya nanti dapat membantu aku memikirkan produk yang nantinya dapat dijadikan antara INDUSTRI yang memberi manafaat kepada bangsa dan negara, yeah! well done tuan kejayaan. kita pecat tuan kegagalan sebab beliau sering kali membawa tafsiran negatif kepada diri sendiri mahupun pun orang lain.

kembali kepada maksud di atas. untuk berjalan di jalanan lompang kita perlukan tools dan kit kejayaan. persiapkan stamina supaya tidak letih di pertengahan. tetapkan diri supaya tidak menjadi lalang di dalam perniagaan yang kini dapat kita lihat terlalu ramai yang kemaruk untuk berniaga sampaikan di tipu oleh anasir anasir sedaging yang nanti dagingnya liat untuk di bahagikan seperti mana banyaknya daging yang dia ambil. kita tidak perlukan degree perniagaan mahupun MBA untuk berjaya dalam biznes yang diperlukan hanya lah perancangan dan displin ditambah dengan daya pemikiran dicerna oleh tuan kejayaan nescaya kejayaan akan ada di permulaan bukan di pengakhiran cerita.

Thursday, March 17, 2011

S.K Tiwa

kejayaan adalah permulaan bukan pengakhiran - ehmm, jom ubah tanggapan kita supaya menjadi daya magnet untuk semua kita berjaya, amin. selepas STPM aku terus berkhdimat sebagai guru ganti di S.K Tiwa Rendah. ikutkan jiwa aku nak melepak je tapi bonda aku telah mengaturkan semuanya, aku terus dikerah ke PPD Kinta untuk di temuduga dengan gaya orang ke estet sebab aku hanya di suruh ke PPD Kinta, tau-tau je kena interview.ajenye...lepas kena sound dengan bermacam-macam ayat aku di suruh ke sekolah sk tiwa tapi kali ni aku sempat balik bersiap di rumah. baru le macho beb sambil menunggang kuda bernama jaguh,erk..lepas di tazkirah oleh cikgu beso & penyelia petang aku terus memulakan ajaran sesat aku yang pertama.

budak-budak tersengih menyambut kedatangan cikgu baru. langkah aku hebat tapi hati dok pikir ntah apela nak aku labun kat kanak-kanak riang ni. 'SEELAAMAAT SEEJAAHTEERAA CIKGU' hahaha aku macam nak tergelak sebab ter imbau zaman aku kanak-kanak, dengan melodi yang sedap di alunkan bergema di dalam kelas. aku buat muka ketat, budak-budak terus duduk selepas memberi salam tapi aku sound, 'ADE AKU SURUH DUDUK?' erk, hahaha dengan sepantas cahaya budak-budak berdiri balik. dalam hati aku, 'baru kome tau ye, hahaha barai'

lepas aku kenalkan diri sambil berkenalan dengan 'deme' aku bagi le deme duduk. untuk hari pertama aku cuma ada 1 kelas so lega la sikit sebab langkah masih songsang ber cikgu cikgu ni. so hari pertama aku lebih banyak bergebang dengan murid-murid ni, aku tanya salasilah keturunan deme selain soalan lazim, cita-cita kamu nak jadi apa? 'saya nak jadi ultraman, cikgu' 'saya nak jadi cikgu, cikgu' 'saya nak jadi drebar, cikgu' drebar ape? 'drebar kapal trobang' ooo yeee bagus-bagus 'saya nak jadi penyanyi' wow suara sedap ke? 'mak saya cakap suara saya macam datuk siti' ate kamu nak masuk mentor? 'nak nak' ajenye baru darjah 3. 'saya nak jadi pemain bola' menarik, kamu minat sape? 'ronaldo,torres' ooo pemain malaysia 'kembor' erk, ni main artis tau ler..'saya nak jadi polis, cikgu' bang bang boom boleh tembak orang. amboi tau nak tembak orang je ye. begitu le budak-budak semua nya ada cita-cita tapi cita-cita ni renew tiap tahun sampai le udah beso nanti sebab kita sendiri pun ada cita-cita lain sebelum ni dan sekarang ke cita-cita lain.

banyak kan la cita-cita sebab dengan cita-cita kita berusaha tapi usaha jadi hampa kalau hanya untuk di perkatakan tanpa melakukan tindakan. manusia di lahirkan dengan pelbagai sifat dan sikap tetapi tindakan yang baik sahaja yang dapat membezakan keputusan terhadap usaha kita. terlalu memikirkan bukan satu usaha tetapi lebih kepada racun yang nanti akan menghantar data yang lemah untuk di nilai oleh otak. hampir pasti keputusan, JANGAN LAKUKAN SEKARANG SEBAB KAMU PERLU SAYANG KERJA KAMU SEKARANG INI! SEKARANG INI BUKAN SENANG NAK DAPAT KERJA! MANA NAK CARI DUIT NAK BAYAR HUTANG NI!
hadkan masa berfikir dan lebihkan masa untuk bertindak sebab keputusan cita-cita kita bergantung kepada tindakan yang telah kita lakukan. - ehmm.

Wednesday, March 16, 2011

anu dalam botol susu

anu ar katak dalam botol? botol ape? anu jadi jin? sape nak gosok? anu anu, skrip biasa yang lama dolu aku dengar cuma sekarang bakal glam sebab dah jadi tajuk filem, peh..musti pecah panggung macam filem 2 alam semesta tu.

ehmm...kalam kelam aku menyelusuri ruang pejabat yang nanti menjadi KPI aku sebelum dapat membuang sikap ber"alasan" yang selama ini menjadi resam anak adam sehingga untuk mendapat hasil yang upaya pun perlu di perlekeh segala alasan itu moga ia hilang seperti cerita hantu susu di tahun aku membesar sebelum memboroi.

aku ulang cetak antara alasan yang aku rasakan mencapai KPI bagi sebuah alasan yang boleh dipelbagaikan cerita mengikut latar suasana keperluan alasan itu,

1.Saya tidak sihat - kalau dolu2 malas ke sekolah ni lah alasan sambil muka di kerut supaya seakan benar tidak menipu. * sekarang dah korje pun same.

2.Saya tidak cukup pandai - digunakan sebab memang malas nak buat kerja tu so bagi je alasan paling mudah @ alasan yang digunakan oleh kita yang selalu overrestimate keupayaan orang lain dan underestimate keupayaan diri sendiri walaupun hakikat nya sebaliknya.

3.Saya terlalu muda untuk itu @ saya terlalu tua untuk itu - apabila mencapai usia 40 dan hampir 20 tahun bekerja kerajaan Q telah berhenti kerja dan membuka restoran. akan ada beranggapan kenapa tidak tunggu sehingga usia pencen baru mulakan perniagaan? @ kamu telah mengalami kerugian kerana berhenti sekarang? @ musti ada sesuatu yang tidak baik kamu lakukan dan majikan telah memujuk kamu supaya berhenti sekarang. pelbagai andaian mewarna peraduan ini yang nyata mereka telah merugikan masa bergosip ketika sedang mempunyai usia. hakikatnya, untuk berjaya usia bukan satu penghalang. faktanya, pengasas KFC Kolonel Harland Sanders membuka operasi KFC pada usianya 65 tahun.

4.Saya sentiasa bernasib malang - islam menyarankan kita menerima qada & qadar nya tapi berapa ramai akan mengatakan qada & qadar nya apabila dia berjaya tetapi hampir pasti apabila gagal kita akan menggunakan alasan dah qada & qadar nya,nak wat macam mana? sepatutnya kita berusaha kerana maha pencipta menjanjikan kejayaan kepada mereka yang berusaha, namun selepas berusaha perlu la kita tawakal dengan rahmat Nya. menjadikan diri seperti robot yang telah di programkan dengan nilai yang baik mengambil masa yang lama sesungguhnya kejayaan hasil usaha kita pasti dapat membayar kegagalan yang lalu.

Tuesday, March 15, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.

Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.

Fantastic mr.bola bola...dari awal cerita ini memang menarik sebab tu le aku bersama isteri tercinta bersama kandungan berusia hampir 7 bulan mencemar uli ke Mesra Mall Kemamang semelaah sesampainya kaki aku di bumi sempadan lautan yang bukan lagi asing buat aku si pedagang "ayat-ayat cinta" yang sudah setahun melayar bahtera sebagai nahkoda kapal yang belum besar seumpama jentayu.

Akhir cerita yang sedikit kalut di pertengahan mungkin dek kerana perkahwinan embok dengan merong yang boleh mencetus episod baru di jalanan umpama manusia yang tidak mengenal sejarah terlompat-lompat membakar novel yang mempunyai segala resam hidup bermasyarakat di tanah melayu yang telah di halalkan buat mereka sama-sama mencari rezeki yang juga halal harapnya supaya tanah melayu boleh dipijak oleh sesiapa sahaja yang asalnya menjunjung taat setia seperti yang sepatutnya.

Hikayat lama ini telah memulakan hikayat baru di zaman semasa untuk di teladani oleh semua yang tahu erti syukur hidup di bumi bertuah ditimpa hujan dan disinari matahari. - ehmm.

zomba kg pisang

zomba dalam realiti kg pisang era 2011 membawa angan-angan mat jenin menjadi apa yang di fikirkan oleh sebilangan manusia dan manusial untuk terus mengisi lompang tamadun yang ditinggalkan supaya dapat diwarisi dan direalsasikan menjadi retorik yang popular dewasa ini sambil di salak oleh anjing-anjing yang menyalak hanya kerana dijanjikan "hotdog" yang sebenarnya juga daging mereka seumat maka berebut-rebut lah mereka ini menjamah tanpa memikirkan apa kesan dan hakikat hidup dalam 1 tamadun yang semakin kelam dan goyang di asak oleh janji-janji pencipta NYA.

jalan kedua sudah siap cuma masih belum di gazet untuk dilalui secara sah. melalui jalan ini memerlukan daya yang luar biasa supaya naga-naga mahupun raksasa boleh di lenyapkan dengan sehabis usaha kerana itu wira perlu bersedia minda dan daya supaya kelak umpama mereka yang gagah di hormati bukan ditakuti.

Dr.David J. Schwartz dalam karya THE MAGIC OF THINKING BIG meletakan keyakinan sebagai daya yang paling atas untuk dimiliki oleh mereka yang berjiwa besar tetapi takut dilanda tsunami. - ehmm.

Monday, March 14, 2011

konfrantasi...

semalam konfrantasi bermula...jalan ke dua masih belum boleh di lalui di sebabkan jalan tersebut masih belum di gazet kan sebagai jalan ke dua yang sah, banyak gak karenah birokrasi yang perlu teman lalui sebelum dapat di akui untuk melalui jalan tersebut.

untuk cinta kita perlu berusaha, untuk cita juga sama. usaha, usaha dan usaha. pelbagai usaha supaya usaha yang pelbagai itu dapat memberi hasil seperti yang diharap kan oleh semua orang.

usahawan di gelar kepada mereka yang membangunkan sebuah produk yang memberi manfaat kepada pengguna dan peniaga. usahacita di gelar kepada mereka yang membangunkan pelan pembangunan cita-cita mereka untuk kebaikan kepada diri sendiri, keluarga tersayang, dan rakan-rakan yang mungkin nanti dapat berkongsi idea bagi pembangunan diri, keluarga mahupun masyarakat. - ehmm

bijaksana

hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya.

ehmm - orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang bijaksana berfikir sebelum berkata-kata. contohnya, kita negara pengeksport minyak so ape salahnya kita bagi minyak free kat rakyat. ehmm - kepala lutut kome! lepas tu dok pinjam IMF.bodoh!