Tuesday, March 15, 2011

Hikayat Merong Mahawangsa


Hikayat Merong Mahawangsa atau Sejarah Kedah adalah hikayat yang menceritakan susur galur Merong Mahawangsa dan pengasas Kedah, sebuah negeri di Malaysia. Sungguhpun terdapat beberapa fakta sejarah, ia turut mengandungi dakwaan yang mengkagumkan. Era yang dirangkumi oleh teks ini bermula dari pembukaan negeri Kedah oleh Merong Mahawangsa, yang didakwa sebagai keturunan Iskandar Agung dari Macedonia sehingga ketibaan Islam pada abad ke-2 M.

Merong Mahawangsa merupakan penganut Hindu dan terdapat sembilan pemerintah Hindu sebelum Phra Ong Mahawangsa memeluk Islam pada 1136 dan mengambil nama Sultan Mudzafar Shah. Hikayat ini turut menggambarkan serangan Chola ke atas Kedah.

Fantastic mr.bola bola...dari awal cerita ini memang menarik sebab tu le aku bersama isteri tercinta bersama kandungan berusia hampir 7 bulan mencemar uli ke Mesra Mall Kemamang semelaah sesampainya kaki aku di bumi sempadan lautan yang bukan lagi asing buat aku si pedagang "ayat-ayat cinta" yang sudah setahun melayar bahtera sebagai nahkoda kapal yang belum besar seumpama jentayu.

Akhir cerita yang sedikit kalut di pertengahan mungkin dek kerana perkahwinan embok dengan merong yang boleh mencetus episod baru di jalanan umpama manusia yang tidak mengenal sejarah terlompat-lompat membakar novel yang mempunyai segala resam hidup bermasyarakat di tanah melayu yang telah di halalkan buat mereka sama-sama mencari rezeki yang juga halal harapnya supaya tanah melayu boleh dipijak oleh sesiapa sahaja yang asalnya menjunjung taat setia seperti yang sepatutnya.

Hikayat lama ini telah memulakan hikayat baru di zaman semasa untuk di teladani oleh semua yang tahu erti syukur hidup di bumi bertuah ditimpa hujan dan disinari matahari. - ehmm.

No comments:

Post a Comment