Wednesday, March 16, 2011

anu dalam botol susu

anu ar katak dalam botol? botol ape? anu jadi jin? sape nak gosok? anu anu, skrip biasa yang lama dolu aku dengar cuma sekarang bakal glam sebab dah jadi tajuk filem, peh..musti pecah panggung macam filem 2 alam semesta tu.

ehmm...kalam kelam aku menyelusuri ruang pejabat yang nanti menjadi KPI aku sebelum dapat membuang sikap ber"alasan" yang selama ini menjadi resam anak adam sehingga untuk mendapat hasil yang upaya pun perlu di perlekeh segala alasan itu moga ia hilang seperti cerita hantu susu di tahun aku membesar sebelum memboroi.

aku ulang cetak antara alasan yang aku rasakan mencapai KPI bagi sebuah alasan yang boleh dipelbagaikan cerita mengikut latar suasana keperluan alasan itu,

1.Saya tidak sihat - kalau dolu2 malas ke sekolah ni lah alasan sambil muka di kerut supaya seakan benar tidak menipu. * sekarang dah korje pun same.

2.Saya tidak cukup pandai - digunakan sebab memang malas nak buat kerja tu so bagi je alasan paling mudah @ alasan yang digunakan oleh kita yang selalu overrestimate keupayaan orang lain dan underestimate keupayaan diri sendiri walaupun hakikat nya sebaliknya.

3.Saya terlalu muda untuk itu @ saya terlalu tua untuk itu - apabila mencapai usia 40 dan hampir 20 tahun bekerja kerajaan Q telah berhenti kerja dan membuka restoran. akan ada beranggapan kenapa tidak tunggu sehingga usia pencen baru mulakan perniagaan? @ kamu telah mengalami kerugian kerana berhenti sekarang? @ musti ada sesuatu yang tidak baik kamu lakukan dan majikan telah memujuk kamu supaya berhenti sekarang. pelbagai andaian mewarna peraduan ini yang nyata mereka telah merugikan masa bergosip ketika sedang mempunyai usia. hakikatnya, untuk berjaya usia bukan satu penghalang. faktanya, pengasas KFC Kolonel Harland Sanders membuka operasi KFC pada usianya 65 tahun.

4.Saya sentiasa bernasib malang - islam menyarankan kita menerima qada & qadar nya tapi berapa ramai akan mengatakan qada & qadar nya apabila dia berjaya tetapi hampir pasti apabila gagal kita akan menggunakan alasan dah qada & qadar nya,nak wat macam mana? sepatutnya kita berusaha kerana maha pencipta menjanjikan kejayaan kepada mereka yang berusaha, namun selepas berusaha perlu la kita tawakal dengan rahmat Nya. menjadikan diri seperti robot yang telah di programkan dengan nilai yang baik mengambil masa yang lama sesungguhnya kejayaan hasil usaha kita pasti dapat membayar kegagalan yang lalu.

No comments:

Post a Comment