Friday, March 18, 2011

Hai O beng vs Maeth Goreng Pisang Awak

perbezaan ejaan saja telah menunjukkan kepada kita perbezaan antara usahawan dengan biznes men. pada tafsiran hamba yang daulat ni usahawan membawa maksud mereka yang mengusahakan sesuatu produk yang nanti membawa feadah (keuntungan) kepada penjual dan pembeli. biznes men pula membawa maksud mereka yang menjual dan mendapat keuntungan daripada sesuatu produk yang dikeluarkan oleh usahawan.

untuk menjadi biznes men pada aku adalah mudah walaubagaimanapun orang ini perlu mempunyai sikap 'opportunities' supaya apa saja produk boleh membawa keuntungan kepada nya. hal ini bersandarkan kepada kemampuan biznes men merancang dan menjalankan program pemasaran yang mampu menarik pengguna supaya membeli produk yang ditawarkan adakalanya mereka mendapat keuntungan yang berkali kali ganda daripada harga modal produk tersebut.

menjadi usahawan pula adalah antara keinginan aku sebab dengan meletakkan diri sebagai pengusaha aku dapat mengerah otak supaya berfikir 'out of box' seperti mana yang Tun M mahukan terutama dikalangan bangsa melayu supaya kita dapat melahirkan tonggak dalam setiap cabang perniagaan yang nanti dapat menjadi sumber modal insan dan modal upaya negara, erk udah macam politikus mouse.

inovasi industri jalanan membawa aku dan idea aku kadang-kadang jauh ke laut kome tapi seperti camar yang pulang nyanyian akak aishah aku masih di sini, ahaks macam lagu XPDC. ada orang sound dekat aku, 'semua barang nak jual pun' 'loooo banyak gile barang kamu jual,masyuk ke?' 'aku tengok kamu tak kaya pun?' 'senyap je bro,dah tutup kedai ke?' dan sebenarnya aku tak amik port pun kat ayat-ayat macam tu sebab bagi aku yang penuh keyakinan dan motivasi tahap dewa carekawala adalah amat merugikan masa aku memberi penjelasan kepada mereka yang senget otak nya. apa yang aku lakukan adalah bertujuan supaya aku dapat belajar daripada pengalaman aku menjual pelbagai barangan dan akhirnya nanti dapat membantu aku memikirkan produk yang nantinya dapat dijadikan antara INDUSTRI yang memberi manafaat kepada bangsa dan negara, yeah! well done tuan kejayaan. kita pecat tuan kegagalan sebab beliau sering kali membawa tafsiran negatif kepada diri sendiri mahupun pun orang lain.

kembali kepada maksud di atas. untuk berjalan di jalanan lompang kita perlukan tools dan kit kejayaan. persiapkan stamina supaya tidak letih di pertengahan. tetapkan diri supaya tidak menjadi lalang di dalam perniagaan yang kini dapat kita lihat terlalu ramai yang kemaruk untuk berniaga sampaikan di tipu oleh anasir anasir sedaging yang nanti dagingnya liat untuk di bahagikan seperti mana banyaknya daging yang dia ambil. kita tidak perlukan degree perniagaan mahupun MBA untuk berjaya dalam biznes yang diperlukan hanya lah perancangan dan displin ditambah dengan daya pemikiran dicerna oleh tuan kejayaan nescaya kejayaan akan ada di permulaan bukan di pengakhiran cerita.

1 comment: