Thursday, March 17, 2011

S.K Tiwa

kejayaan adalah permulaan bukan pengakhiran - ehmm, jom ubah tanggapan kita supaya menjadi daya magnet untuk semua kita berjaya, amin. selepas STPM aku terus berkhdimat sebagai guru ganti di S.K Tiwa Rendah. ikutkan jiwa aku nak melepak je tapi bonda aku telah mengaturkan semuanya, aku terus dikerah ke PPD Kinta untuk di temuduga dengan gaya orang ke estet sebab aku hanya di suruh ke PPD Kinta, tau-tau je kena interview.ajenye...lepas kena sound dengan bermacam-macam ayat aku di suruh ke sekolah sk tiwa tapi kali ni aku sempat balik bersiap di rumah. baru le macho beb sambil menunggang kuda bernama jaguh,erk..lepas di tazkirah oleh cikgu beso & penyelia petang aku terus memulakan ajaran sesat aku yang pertama.

budak-budak tersengih menyambut kedatangan cikgu baru. langkah aku hebat tapi hati dok pikir ntah apela nak aku labun kat kanak-kanak riang ni. 'SEELAAMAAT SEEJAAHTEERAA CIKGU' hahaha aku macam nak tergelak sebab ter imbau zaman aku kanak-kanak, dengan melodi yang sedap di alunkan bergema di dalam kelas. aku buat muka ketat, budak-budak terus duduk selepas memberi salam tapi aku sound, 'ADE AKU SURUH DUDUK?' erk, hahaha dengan sepantas cahaya budak-budak berdiri balik. dalam hati aku, 'baru kome tau ye, hahaha barai'

lepas aku kenalkan diri sambil berkenalan dengan 'deme' aku bagi le deme duduk. untuk hari pertama aku cuma ada 1 kelas so lega la sikit sebab langkah masih songsang ber cikgu cikgu ni. so hari pertama aku lebih banyak bergebang dengan murid-murid ni, aku tanya salasilah keturunan deme selain soalan lazim, cita-cita kamu nak jadi apa? 'saya nak jadi ultraman, cikgu' 'saya nak jadi cikgu, cikgu' 'saya nak jadi drebar, cikgu' drebar ape? 'drebar kapal trobang' ooo yeee bagus-bagus 'saya nak jadi penyanyi' wow suara sedap ke? 'mak saya cakap suara saya macam datuk siti' ate kamu nak masuk mentor? 'nak nak' ajenye baru darjah 3. 'saya nak jadi pemain bola' menarik, kamu minat sape? 'ronaldo,torres' ooo pemain malaysia 'kembor' erk, ni main artis tau ler..'saya nak jadi polis, cikgu' bang bang boom boleh tembak orang. amboi tau nak tembak orang je ye. begitu le budak-budak semua nya ada cita-cita tapi cita-cita ni renew tiap tahun sampai le udah beso nanti sebab kita sendiri pun ada cita-cita lain sebelum ni dan sekarang ke cita-cita lain.

banyak kan la cita-cita sebab dengan cita-cita kita berusaha tapi usaha jadi hampa kalau hanya untuk di perkatakan tanpa melakukan tindakan. manusia di lahirkan dengan pelbagai sifat dan sikap tetapi tindakan yang baik sahaja yang dapat membezakan keputusan terhadap usaha kita. terlalu memikirkan bukan satu usaha tetapi lebih kepada racun yang nanti akan menghantar data yang lemah untuk di nilai oleh otak. hampir pasti keputusan, JANGAN LAKUKAN SEKARANG SEBAB KAMU PERLU SAYANG KERJA KAMU SEKARANG INI! SEKARANG INI BUKAN SENANG NAK DAPAT KERJA! MANA NAK CARI DUIT NAK BAYAR HUTANG NI!
hadkan masa berfikir dan lebihkan masa untuk bertindak sebab keputusan cita-cita kita bergantung kepada tindakan yang telah kita lakukan. - ehmm.

No comments:

Post a Comment